Hai.. *kenape macam rase pelik sangat? sebab dah lama tak update ke blog neh? hohoho..*
Okay, I'm gonna go straight to the point. Hari ni, Sabtu, 19 May 2012, aku ke The Mines Shopping Fair after agak lama jugak aku tak ke sana. Menemani kakakku dan abang iparku mencari gadget baru mereka. In this entry, aku nak cerita pasal complaint aku je. So, this entry might be quite negative. Yes, I hope that the owner or at least the management of The Mines Shopping Fair would read it.
Jalan punya jalan punya jalan, tak sedar dah pukul 4pm. And yes, tak sedar diri tak solat Zohor lagi time tu. Disebabkan dah lama aku tak datang, aku lupa dah kat mana suraunye. Then aku pon pegi la kat directory. It stated that surau is at 3rd level. So, I went upstairs until 3rd level. Mencari lah surau tu. Tak jumpe. Rasa macam dia ubah ke sebab rasa macam dah lain je suasana dalam Mines tu. Aku pon tanpa berlengah, bila ternampak seorang security perempuan ni, aku pon tanya la kakak tu. "Kak, tumpang tanya. Surau kat mana ye?". Then kakak tu tak tahu la, mungkin kepenatan agaknya, jawab pon ala kadar sahaja which is shouldn't be, "Tingkat 4, bowling." Itu sahaja kata-kata kakak tu. Aku pon malas nak layan sakit hati, terus la naik eskulator untuk ke 4th level. Mencari lagi surau. Tak jumpa-jumpa. Duk call akak aku yg tunggu di Nando's beberapa kali, dia kata kat dalam bowling. And I was like, what? Surau dalam bowling? Aku pon mencari balik bowling yang aku ada terlalu tadi. Mencari punya mencari, punya la tersorok surau kat situ. Geram sungguh. Dah la tempat amik wuduk agak terdedah dengan persekitaran luar. Lepas tu, surau yang disediakan adalah SURAU PALING SEMPIT yang pernah aku masuk selama aku hidup hari ni. Dulu ada surau kat level 3, tapi entah kenapa berubah ke surau bowling tu. Ewah, tempat main bowling bukan main luas. Berpuluh-puluh lane. Surau tu boleh menempatkan tidak lebih 10 orang solat pada satu-satu masa okey. Geram kan? Tak patut kan? Beratur orang tunggu. Sedih sungguh. lagi menyedihkan, orang yang dah abes solat zohor, nak tunggu solat asar, boleh duduk je kat tempat solat, tak bagi laluan pada mereka yang belum solat. Come on. Come on..
Aku malas nak cakap banyak. Aku harap, dengan adanya complaint aku yang agak terbuka ni, pihak management The Mines Shopping Fair amik tindakan yang sepatutnya. Dan juga pihak management shopping mall lain juga (eg: Wangsa Walk), TOLONG PERLUASKAN SURAU/MUSOLLA untuk muslim/muslimah solat.
P/S : Tadi naik boat kat Mines tu, lalu umah owner The Mines. Besar giler weh. TAPI, kenape SURAU di The Mines lagi kecik dari toilet umah dia? Walaupon agama kita tak sama, TOLONG RESPECT agama kami. Jangan nak suruh kami perabih duit je kat shopping mall awak. Sediakan sekali kemudahan yang sepatutnya. Sebab lepas ni aku pikir banyak kali kalau nak pegi Mines. Sebab susah nak solat.
Sekian entry emosi kali ini. Wassalam..