Saturday 24 March 2012

Ada yg lebih penting!

Assalamu'alaikum sahabat..

Hari ni banyak terlihat manusia baik lelaki mahupun perempuan, terlalu mengagungkan kisah cinta dunia, especially yang belum halal. Nauzubillah.. Ramai antara kita yang bila gaduh dengan boyfriend atau girlfriend, mula la risau, tak senang duduk, sedih, menangis, meratap. Tapi bila tinggal solat, buat Allah marah, langsung tak terasa apa-apa. Dah tak takut azab Allah..

Sahabat-sahabatku, marilah kita sama-sama pulang ke jalan Allah. Pesanan untuk semua muslimin muslimat, juga untuk diri saya sendiri. Allah dah beri kita macam-macam jenis nikmat. Dari nikmat untuk sedut udara, sampai ke nikmat makan minum dan terlalu banyak lagi. Jadi, bersyukurlah atas segala nikmat yang DIA berikan. Jangan jadi kacang lupakan kulit. Allah dah bagi kita macam-macam, DIA dah ciptakan kita sebagai sebaik-baik makhluk iaitu manusia, tapi kita masih lagi belum sedar.

Mari kita sama-sama jaga hubungan kita dengan Allah dahulu dan diutamakan. InshaALLAH Allah akan menjaga hubungan kita sesama manusia. Ikhfazillah yaa fazkah. InshaALLAH.. Aminnn.. =)

Friday 2 March 2012

Cerita yang sungguh menyayat hati.

Cerita ni simple, tapi sangat mendalam isi yang tersurat dan tersiratnya. Jum kita hayati..

Ain dan Nurul dah berkawan baik selama sepuluh tahun. Segala masalah mereka kongsi bersama. Manis, pahit, tawar, masin, masam, semuanya. Boleh dikatakan tiada rahsia antara mereka. Ain sudah mempunyai teman lelaki (Kamal), hubungan mereka baru menjangkaui setahun. Manakala Nurul mengambil sikap lebih berhati-hati dalam mencari teman hidup. Pada Nurul, zaman sekarang ni bukan mudah untuk mencari lelaki yang betul-betul boleh menjaganya siang dan malam, yang boleh menjadi bakal suami yang soleh, yang boleh membimbingnya untuk lebih dekat dengan Sang Pencipta, yang boleh membahagiakannya dunia dan yang paling penting akhirat. Pada suatu hari, Ain dan Nurul keluar bersama dan melepak di sebuah restoran...

Nurul : Kau ni dah kenapa? Dah macam orang hilang arah je aku tengok. Ada masalah ke?
Ain : Hmm.. Entahlah, Nurul. Macam kau tak kenal aku ni. Biasalah..
Nurul : Gaduh dengan Aiman lagi? Ceritalah kalau tak keberatan. Macam tak biasa..
Ain : Entahlah si Aiman tu. Sejak dua menjak ni dah lain macam. Kalau aku SMS, lambat sangat nak berbalas. Kadang-kadang tu tak balas langsung. Bila call, kadang-kadang tak angkat. Kalau angkat pon, tak nak cakap lama-lama. Aku pun tak faham dengan dia tu. Macam tu ke dia kata dia sayang sangat kat aku? Macam tu ke dia cinta kat aku? Entah-entah dah ada pompuan lain. Sampai hati dia, main-mainkan perasaan aku.
Nurul : Hmm..
Ain : Aku banyak sangat terasa hati dengan dia kau tau tak. Apa yang dia nak, aku turutkan. Aku ikut cakap dia. Tak pernah pun aku curang dengan dia, main mata dengan lelaki lain. Tapi macam ni dia balas kat aku?
Nurul : Hmmm..
Ain : Kau ni, dengar ke tak cerita aku ni? Dari tadi duk "Hmmmmm.." je!
Nurul : Ainnn.. Aku ni kawan kau kan? Kawan kau paling rapat dalam dunia ni kan?
Ain : Kau ni tanya soalan apa ni? Memang la.
Nurul : Hmm.. Kalau macam tu, aku nak cakap sikit boleh? Tapi aku tak nak la kau terasa.
Ain : Mengada-ngadalah kau ni. Cakap je lah.
Nurul : Aku mintak maaf dulu awal-awal kalau apa aku cakap ni buat kau terasa. Tapi percayalah, aku cakap sebab aku sayang kat kau. Ain, dah lama aku tak nampak kau bersolat. Solat tu penting, Ain. Tiang agama. Kau tak nak runtuhkan agama kau kan? Kalau kau marah si Aiman tu balas SMS kau lambat, pernah tak kau fikir, panggilan Allah kau selalu lambat-lambatkan? Lagi selalu kau tinggal-tinggalkan. Sedangkan kasih-sayang Allah tu lebih penting dari kasih-sayang manusia, Ain. Walaupun kau selalu lupa pada Allah, Allah tak pernah lupa pada kau, Allah still bagi kau rezeki, bagi kau nikmat makan, minum, semua tu. Dalam sehari, aku tengok kau sibuk dengan handphone tu hampir setiap masa. Dengan SMS nye beratus-ratus, dengan sibuk berfacebook, bertwitter lagi. Tapi, Allah wajibkan kita solat 5 KALI je sehari. Tu pon sekali solat baru 5-10 minit. Sedangkan kau bising-bising Aiman tak nak cakap dengan kau lama-lama, tapi 5 minit pun kau tak boleh nak luangkan masa dengan ALLAH. Kau kata kau SAYANG ALLAH, CINTAKAN ALLAH, tapi apa yang Allah suruh buat, kau tak nak buat? Macam tu ke sayang, cinta? Bulan puasa, aku tengok kau puasa. Sebab kau tau puasa tu wajib, kalau tak puasa dosa besar kan? Tapi solat, kenapa kau tak fikir bila kau tinggalkan tu pun dosa besar jugak? Ataupon kau puasa sebab malu kat orang kalau kau tak puasa? Ain, aku sayang kat kau. Aku nak kita sama-sama bahagia dunia akhirat. Aku tak nak kita diseksa dalam kubur, kat akhirat lagi nanti. Seksa Allah tu pedih, Ain. Perit. Kau tak takut? Solat tu perkara pertama yang Allah tanya nanti kat akhirat. Kau lupa?
Ain : Hmm.. (sambil mengalirkan air mata tanpa segan silu pengunjung di meja bersebelahan memandangnya.)

Nurul : Ain.. Maafkan aku. Tapi aku terpaksa cakap semua ni. Kau nak marah kat aku, marahlah. Aku rela. Tapi aku tak rela tengok kau diseksa dan diazab Allah nanti.
Ain : Nurul.. Terima kasih sebab kau ingatkan aku. Aku terharu sebab dapat kawan sebaik kau. Selama ni aku selalu lupa pada Allah. Aku lupa nak bersyukur dengan apa nikmat yang Allah kurniakan. Aku kecewa dengan diri aku sendiri. Banyaknya dosa aku, Nurul. (air matanya mengalir semakin deras.)
Nurul : Takpe, Ain. Pintu taubat Allah tak pernah tertutup untuk hambaNya. Selagi kau masih bernafas, bertaubatlah. Allah tu Maha Pengampun. Jangan kita sekali-kali putus asa dengan rahmat Allah.


Lalu berpeluklah dua orang sahabat itu sambil disaksikan pengunjung restoran berkenaan.

Moral of the story : Kalau kita sanggup korban masa untuk sang kekasih dunia, pasti kita akan lebih sanggup berkorban untuk Allah yang menciptakan kita, yang memberi nikmat pada kita siang dan malam tanpa henti. =')